Thursday, April 8, 2010

Implikasi ICT dalam pendidikan

Kebaikan pendidikan melalui e-pembelajaran adalah seperti yang berikut:
i. Pelajar boleh belajar mengikut tahap sendiri berdasarkan keupayaannya.
ii. Belajar mengikut lokasi yang sesuai samada di pejabat, rumah, universiti dan
masa santai kerana kemudahan internet ini boleh diakses di mana sahaja lebihlebih
lagi dengan adanya 3G.
iii. Pelajar boleh melibatkan diri dalam program yang ditawarkan oleh universiti,
kolej, dan kumpulan lain yang menawarkan program berprestij dan berkualiti
tanpa berpindah lokasi.
iv. Pembelajaran melalui e-pembelajaran membolehkan pelajar dilatih untuk
menggunakan pelbagai teknologi seperti pemain CD, penyiaran komputer,
rakaman pita video dan lain-lain.
v. Pelajar boleh mengarahkan pembelajaran mereka sendiri akan tetapi panduan
pembelajaran diperlukan untuk memudahkan proses pengajaran dan
pembelajaran.Pelajar perlu bertanggungjawab terhadap program pengajiannya,
menyelesaikan tugasan dalam tempoh masa yang ditetapkan, mengumpul
maklumat dan membangunkan kemahirannya.

3 comments:

  1. Saya setuju dengan pendapat cikgu, memang ICT mendatangkan banyak kebaikan dalam sistem pendidikan di negara kita.

    ReplyDelete
  2. Takziah untuk ibu yang kembali kerahmatullah.
    ICT dan pelajar seperti dinyatakan diatas memang baik khususnya untuk pembelajaran. Namun persoalannya seramai mana murid yang mampu menggunakannya/mengaksesnya, tambahan pula murid yang berada diluar bandar.

    ReplyDelete
  3. Dalam pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah , peranan guru telah berubah dari
    instruktor ke fasilitator. Pengajaran berasaskan kaedah eksposisi dengan menggunakan komputer telah berubah kepada pengajaran yang membolehkan pelajar melakukan eksplorasi sama ada secara individu atau dalam kumpulan kecil.

    ReplyDelete